Friday, 13 April 2012

Suami 'outstation'

Dah lama dah tulis ni tapi baru update...hehe
 
9:37 AM 29/03/2012

Suami 'outstation'

Malam tadi niat ingin meng'update' blog tapi tak kesampaian....

               ************

Danial seawal jam 10 malam dah mula meng'genyeh-genyeh' matanya..itu

salah satu petanda anak mummy nak tidur..lagi satu tak moh duduk bawah

nak sentiasa didukung ke sana ke mari..meragam sikit..layan je la lagipun

masa tu je la nak main-main dengan anak kan..dalam pukul 11 gitu, aku

buatkan danial susu and then habis je 120ml,zupp..danial mengiring dan

terus lelap..yess!!!inilah masanya untuk mummy membuat kerja-kerja rutin

mummy..bukak fb, blog, email, bla bla bla...cehcehh,busynya mummy

mengalahkan businesswoman ~silakan mummy..hehehSedang aku asyik bergedik-gedik di atas katil bukak email and then baru nak update blog, tiba-tiba suami muncul...

"hah, buat apa tu...ooo, bukak blog eh?"
ooopss..terkejut maimon!!!hihihi...tapi sayangnya tak boleh nak gerak ke

mana-mana sebab tab tengah charge masa tu...and then, terpaksa la menstatikkan diri sorok tab bawah bantal busuk sebab tak nak bagi husband tengok..

"eh, mana sayang boleh tengok, ini rahsia wanita la..luahan perasaan mummy"
kuikuikui...suami pun dah suspens dan merayu-rayu nak tengok apa yang aku tulis tadi. Sebenarnya aku tak tulis apa-apa pun tadi..aku tengah bukak email 'Cemburu Buta Ke Ni?" & "Trivia Shafini" and then nak copy and paste, post kat blog aku..benda-benda tu semua adalah 'karangan SPM' yang aku karang kat tempat kerja..ye la, mana

sempat nak buat karangan yang panjang berjela-jela tu kat rumah kan..blog

ni pun aku tulis kat workstation..~ni pun entah bila la boleh post

Kat tempat kerja takpe, banyak masa terluang..kuikuikui...sementara

tunggu call masuk tu baik la aku mengisi masa dengan sesuatu yang

berfaedah kan..ini tidak dikira sebagai makan gaji buta tau tapi cuba

memanfaatkan masa yang ada.hehe..kat unifi ni memang 'heaven' la sebab

selama hampir 2 bulan aku kat sini tak pernah lagi call high..sehari

average dalam 10 calls sahaja..kalau stay kat streamyx

dulu,,hmmm...memang tak dapet le

Calculation:

8 working hours / 10 calls = 0.8 hours = 48 minutes

Satu-satu call dalam 5 hingga 8 minit je..so korang kira la sendiri ye

berapa banyak masa yang 'membazir' kat situ...~


Berbalik kepada cerita tadi...aku sampai ke sudah tak bagi husband tengok

apa yang aku tulis..aku sampai mejerit-jerit histeria pegang tab kuat-

kuat takut suami rampas (rahsia sangat ke?hehe.)..sampaikan danial yang

sedang lena tidur kat sebelah tu pun boleh terjaga..tapi nasib baik few

minutes lepas bagi dia susu, danial tido balik..suami seakan-akan

merajuk..memang ngajuk pung..~sorry sayang sebab tak bagi sayang baca..
"ooo..tak bagi abang baca kalau orang lain baca takpe.."~ada ke orang

baca blog aku?blog tak glemer la..takde followers pun..hihi
"Sorryla sayang...ala...kalau sayang nak baca sangat, sayang search

la..bukannya sayang tak tau pun email orang..password pun sayang boleh

agak kan"..
~tapi ayat ni aku berkata dalam hati saja..mestila suami tak

dengar kan :)
Lalu suami pun ambik la bantal busuk dan selimutnya tidur kat hall tanda

protes..hihi..ala..majukla tu..rasa bersalah bertamu di hati..tapi aku

membiarkan saja..lama suami senyap kat luar..hanya kedengaran sayup-sayup

bunyi tv je..ngintai jap..oooo..dah lena rupanya..~patutla

Aku teragak-agak untuk kejutkan suami supaya tidur kat bilik..~nak kejut

ke tak ek?kesian pula tengok suami tidur terlalu nyenyak sampai

berdengkur-dengur..


"krooh..krohh..krooh"

Sangat lena kan bunyinya so tak jadi la aku kejut...~eh, jap..tutup tv

jap..eeii..bucuk ni suka sangat tengak tv, last-last tv tengok dia..bazir

'karen' je
..eh, takpe, suami yang bayar bill kan..hehe..sedang aku

merangkak di atas tilam angin tu nak ambik remote kat sebelah ketiak

suami tu ..oooppss..tiba-tiba dengan tak sengaja suami terjaga (tau-tau

je la tilam angin kan,bunyi annoying sikit bila kita gerak-gerak kat atas

tu)



"Sayang, bangunla tidur kat dalam..orang tutup tv ek?"

"Pegi la tidur dulu..abang nak tengok tv dulu.."

"jomla cayang..."
buat-buat suara manja gitu..tapi suami tak tergoda

pun... T_T

"Tidur la dulu jap lagi abang masuk"
..Aku pun berlalu dengan sedikit kecewa la sebab tak berjaya pujuk

suami..kira tak berjaya la tu..tak senyum pun :(..

Dah dekat 12.30 pagi..aku ngintai lagi kat luar, tengok-tengok suami dah

tidur balik..tv masih lagi on.. tak sampai hati lak nak panjat tilam

ambik remote cam tadi dan menganggu tidur suami..eh, tengok jap suami

tidur..lenanya tidur macam baby..siap sambung berdengkur lagi...hehe

~penat sangat ek sayang..cian sayang kena bangun pagi-pagi hantar mummy

kerja :(


Niat memang nak kejut suami tidur kat bilik lagi sekali tapi tak jadi

sebab tengok suami begitu lena dibuai mimpi.. ~mimpi ape tu sayang?..dan

malam itu, tidur la aku berdua beranak dengan danial.. ~daddy

"outstation' sayang..meh sini mummy peluk adik..

Danial seakan-akan tahu je daddy tak tidur sebelah dia..dia statik je

baring kat sebelah aku.hmmm..tahu lak dia tidur 'baik'..yela, kalau daddy

ada kat sebelah, dia tidur sangat 'buas'..tak sah kalau tak himpit daddy

sampai ke dinding..nasib baik la daddy tu slim je kan ;)


                    *******

Dan pagi tadi, aku dan suami behave macam biasa...dah lupa agaknya pasal

malam tadi....rajuk suami biasanya memang tak lama ..alhamdulliah ;)

No comments:

Post a Comment