Tuesday, 1 May 2012
Cemburu buta ke ni? ;p
Entri ini ditulis pada bulan 3 lagi tapi baru berkesempatan untuk dipostkan ke sini
..................................................
Bosannya..tatau nak buat apa..
Tiba-tiba hati ini berasa sangat sedih. Dah la kat workstation duduk sorang-sorang. Tadi baru berangan nak duduk sebelah aniza tapi tiba-tiba pulak ada FS suruh penuhkan tempat yang kosong. Malang tidak berbau betul la.. HUHU
************
Cemburunya hati apabila suami memuji-muji kecantikan perempuan lain..
"Cantik kan S***..manja je suara dia..comel..sayang, try sayang buat suara macam tu.."
Sorry, I can't be others because I am shafini muhamad nasir..~ Dengan rasa sangat rendah diri. Yela siapa lah aku ini jika nak dibandingkan dengan si S*** tu...
Aku bertanya kepada suami:
"Cayang, kalau ada perempuan secantik S*** tu suka kat sayang, sayang terima tak?"
"Eh, ada ke pulak tanya camtu..."
"Sayang terima tak?"
"Tak mungkin la...abang tak terima"
Lalu suami pun bertanya balik soalan yang sama...
"Kalau sayang lak cam mana kalau ada orang sehensem aaron aziz tu minat kat sayang?"
~suami memang tahu aku suka aaron aziz ;)
"Kalau dia hadir sebelum sayang mungkin mummy terima, tapi mummy kan dah ada daddy"
~sepenuh hatiku telah tepu dengan cintamu sayang dan tak mungkin ada ruang cinta lagi untuk orang lain. Ayat last tu aku berkata dalm hati je.. Suami confirm la tak dengar ;p
Tiba-tiba lak suami jawab:
"Abang pun nak cakap macam tu la tadi tapi abang tak reti la nak berbahasa-bahasa ni..hehe"
"Eh, mana aci tiru ayat mummy..huhu"
"Eh, mana ada tiru la."
"Hahaha"
Danial pun turut sama tersengih-sengih, seakan-akan faham apa yang sedang mummy dan daddy dia bualkan.
**************
...hehe... Mengimbau kisah malam tadi semasa aku dan suami sedang menonton tv.. Sebuah stesen TV ada menyiarkan sidang akhbar kisah scha dan awal yang akan melangsungkan perkahwinan Mei ini..
Dan S*** yang aku maksudkan itu adalah Scha Alyahya...kuikuikui..
Patutkah aku cemburu?!! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment