Tuesday, 1 May 2012
Cerita lagi..
.......................................
Entri ini ditulis pada 12:33 PM 27/04/2012
Bercerita di atas sekeping notepad... huhu.. Bila la agaknya boleh dipost ke dalam blog terchenta...???
Hari ni kerja kul 10. Tak boring sangat la sebab ada Aniza untuk sembang-sembang. Topik yang biasa dibualkan seperti biasa la..mengumpat customer. ~Owh, terfikir lak berapa banyak pahala yang customer tu dapat daripada umpatan yang kami buat..huhu..
Semalam
-------
Semasa balik dari kerja..(ada pakcik jual burger kat luar pintu masuk apartment kami)
"Nak burger tak?" suami bertanya.
"Tak tahu la..sayang nak tak?" jawabku sambil bertanya balik.
Suami terus membelok kenderaan terus memasuki kawasan apartment.
"Aik tadi tanya nak burger ke tak" aku membebel sorang-sorang ~ (dalam hati je)..
Pada malamnya....
"Daddy, mummy laparla. Macam tak larat je nak masak"
"Tadi daddy tanya nak burger ke tak, jaul mahal"
"Daddy tu offer je bukan nak beli pun"
Dan suami pun bersiap la ala kadar dan turun bawah untuk beli burger buat sang isteri..huhu.. Sebelum suami pergi sempat lagi berpesan...
"Burger daging biasa je sayang, tak nak cheese"
"Aik, sape nak beli burger untuk mummy. Daddy nak beli untuk daddy je.
Jom Danial"
"Please..please..please" ~muka mengada ;)
Suami bawak Danial sekali tapi Danial menangis takut naik motor. Mungkin dia tak biasa naik motor malam kot sebab kalau siang hari dia ok je.
Pagi tadi
-------
Semasa hantar aku ke tempat kerja, ada makcik jual nasi kat depan giant.. Dekat je ngan office aku.
"Nak bungkus nasi tak?"
"Nak, tapi takpe la. takut sayang lambat lak nanti"
"Ha, macam tu la. Cakap terus terang. Kalau orang tanya tu maksudnya
boleh la tu.. sempat la"
Aku telah me'napau' 2 bungkus nasi.. satu untuk sekarang, breakfast (nasi lemak kerang) dan satu untuk masa depan, lunch (nasi kerabu)..hehe.. Suami tapau nasi berlauk ayam goreng..~ayam..ayam..ayam..haish ;)
Kelmarin
--------
Semasa dalam perjalanan balik dari kerja..
"Sayang nak makan apa malam ni?"..
Dalam hati "jomla gi pasar malam..nak nasi kerabu"
Suami senyap je..
"Sayang nak makan apa malam ni?"..aku bertanya lagi (dua kali)
Dalam hati.."errmm, tak nak gi la tu"
Masuk je dalam perkarangan apartment kami..
"Sayang tak nak gi pasar malam ke?"
"Laa..ada pasar malam ke malam ni..kenapa tak bagi tau awal-awal"
Lalu suami pun membelok kenderaan keluar balik dari kawasan aparmtent
untuk ke pasar malam
"Mummy dh tanya tadi nak makan apa,nak makan apa, daddy tak jawab pun"
"Laa..ingat mummy tanya camtu , mummy nk masak..lagipun kat atas
motor, mana nak dengar sangat. lain kali cakap la terus terang. nak gi
psar malam"
"mummy bukan apa, mummy tak suka la mengunakan kuasa veto yang ada
pada seorang isteri..hehe"
"yela tu..lain kali cakap tu tak payah la berkias-kias..direct to the point je"
Sekejap je round kat pasar malam sebab dah lambat untuk ambil danial.
Seperti biasa, kami directly ke gerai menjual nasi kerabu (nasi kerabu
lagi,,hehe)..nasi kerabu..nasi kerabu..nasik kerabu..haish.. Selepas
itu kami ke gerai menjual satay, tapau untuk achik babysitter sekali.
---------------------
Aku ni jenis yang tak ada pendirian ke? Tak tahu apa yang aku nak atau
tak... Maybe.. Atau...aku memang tak suka arah suami aka queen
control?huhu..ntah ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment