Tuesday, 1 May 2012

Rasa Macam...

Lagi entri semalam...
........................

3:01 PM 01/05/2012

~Eiiii.. Nak tukar kerja. Nak tukar kerja. Nak tukar kerja. Balik nanti
time free nak update resume yang dah 3 tahun tak update. Nasib baik 3
tahun kan. Kalau 30 tahun? Itu dah pencen dah tu. Hehe

Hari ni kerja on public holiday. Kebiasaannya rasa heaven sangat sebab
kerja tak banyak tapi dibayar triple. Tapi entah kenapa hari ni aku
rasa tak happy je kerja. Rasa macam tak ikhlas. Rasa macam nak tak nak
je. Rasa macam terpaksa. Rasa menyampah. Rasa macam nak patahkan je
keyboard ni. Rasa macam nak potong kecik-kecik je cable-cable yang ada
ni. Rasa macam nak conteng-conteng je meja ni. Rasa macam nak
hentak-hentak je mouse ni kasi pecah pastu bagi makan kat tikus-tikus
yang selalu main kat bawah kereta aku tu. Tapi itu semua just 'rasa
macam' sahaja.

Kalau aku buat betul apa yang akan jadi agaknya ek? Huhuhu...

Aku mungkin dihalau keluar oleh TL-TL yang ada. Tak pun aku akan
di'coaching' or counselling, kemudian dibuang kerja. Tak pun kena
terminate immediately without any coaching or warning. Tak pun aku
akan ditangkap polis kerana membuat huru-hara dan akhirnya ditempatkan
di hospital sakit jiwa. hihihi... Oowhh, jauh sungguh fikiranku
melayang. ~ Oh Tuhan, kau ikhlaskan la hati ini untuk menghabiskan
sisa-sisa kerjaku di sini. Hehe

Takkan la aku nak buat semua tu kan. Alhamdullilah, fikiranku masih
waras. Walaupun semalam telah menerima satu kejutan besar. Management
yang tidak adil. Aku rasa sepatutnya kat sini kena tubuhkan satu
persatuan pekerja untuk setiap agensi. At lease bila dah jadi macam ni
ada juga tempat untuk pekerja-pekerja teraniaya seperti aku ni untuk
mengadu dan membela diri. Ini tidak, syokla management mengaut
keuntungan berlipat ganda hasil dari mengurangkan bonus pekerja. Kalau
nak kata profit tak banyak, takkan la boleh bayar sesetengah pekerja
tu sampai up to 8k bonus+gaji. Nak kata ikut performance pun tak juga.
Ada yang perform dapat sikit, yang tak perform dapat banyak. So takde
guna la kau minta pekerja-pekerja kau datang sign annual performance
dan bagi harapan.

Entah-entah management cabut undi macam undi main kutu tu kot. Mereka
mungkin menulis angka berbeza-beza pada setiap kertas yang dipotong
kecil kemudian digulung-gulung dan diletakkan di dalam sebuah balang
kaca. Kemudian mereka membuat undian berdasarkan cabutan bertuah. Tapi
nampaknya cabutan bertuah itu bertukar menjadi cabutan malang kepada
orang-orang yang mendapat nilai sedikit. Owh, sungguhku rasa macam
dipermainkan. Sungguh!~

Owh, kat luar mendung gelap gelita, semendungnya hati ini. (wiii, ada
ke ayat camtu?..hehe).. Apa yang Daddy dan adik tengah buat kat rumah
agaknya ek? Mesti daddy penat jaga adik. Adik dah boleh merangkak
dengan lajunya. Tak sabar dah nak balik. Jap lagi planning nak keluar
pergi beli walker adik. Daddy nak belanja. Hihi. Lagi sejam nak balik
Adiosss ~

No comments:

Post a Comment