Entri ni pun aku save dalam email je. Entri ni telah dicuri baca oleh suami ;)
******************8
10:00 AM 14/04/2012
Khamis, 12/04/2012
----------------
Off day...yea yea!!!boleh main-main ngan anak mummy..tapi daddy kerja..:(... ~ takpe..tinggal adik ngan mummny je..hehe
Danial awal-awal lagi dah bangun..yela, malam tadi tidur awal kan...
1st step, 2nd step..3rd step..
Finally dh boleh merangkak.. Tapi hari ni anak mummy ni lain macam sikit manjanya..Danial banyak merengek.. Tak seperti hari-hari biasa.. Kebiasaannya, danial sangat behave.. Kebiasaannya, Danial boleh bermain-main sendirian dan membiarkan mummynya memasak,membasuh,melipat baju, menyapu lantai (siap boleh mop lagi). Tapi hari ni tidak.. Tak bagi mummy bergerak walau selangkah pun.. Nak suruh mummy berada dekat dengannya sepanjang masa.. Nak didukung je..So, aku ke hulu ke hilir kelek danial je..~Kenapa dengan anak mummy ni???
Pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, danial tidur sekejap.. Time ni la aku gunakan untuk mengemas rumah, masak, basuh baju dan lipat baju yang dah setinggi gunung everest tu...
Malamnya pula, seperti biasa, dalam jam 11 malam danial dah tidur..tapi..
Danial pusing kiri..pusing kanan...mengiring ke kiri ..mengiring ke kanan...meniarap..kuak lentang... Semua gaya tidur tak kena..Danial tidur tak lena.. Lebih kurang sejam sekali Danial sedar..merengek-rengek..dia seakan-akan sukar bernafas, hidung tersumbat dan kadang kala batuk..~ Anak mummy tak sihat
Jumaat, 13/04/2012
-----------------
Seperti biasa, danial bangun pagi and smile..anak mummy ni memang pemurah dengan senyuman.. Bangun pagi terus senyum.. Awek muda sungguh.. Tiba-tiba kelihatan cecair jernih mengalir keluar dari hidung
Danial... Danial selesema .dan uhuk uhuk uhuk..batuk danial makin menjadi-jadi.kedengaran seperti kahak telah memenuhi kerongkongnya dan virus-virus batuk sedang enak bermaharajalela disitu.... Kelihatan juga bintik-bintik merah disekitar muka dan leher danial.(.bintik apa tak
tau la.) Patutla anak mummy ni manja kededek semacam je.. Kesian Danial..
Aku dan suami cepat-cepat bersiap untuk bawa danial ke klinik. Nasib baik hari ni off lagi.. Tapi kesian suami terpaksa gi kerja lewat. Kami tercari-cari juga klinik mana nak pergi.. Maklumla kalau boleh nak cari klinik yang specialist baby or kanak-kanak.. Paling tak pun klinik keluarga la.. Tapi memandangkan suami pun kesuntukan masa nak bekejar-kejar ke tempat kerja lak lepas ni, kami just bawak Danial ke klinik dekat-dekat rumah ni je.. Kat pintu entrance klinik tu ada la tampal untuk kanak-kanak, so kira ok la tu saat-saat urgent macam ni kan..
Persekitaran klinik ok la.. Yang penting tak de orang pun.. So tak payah nak tunggu-tunggu turn..sampai je, register and then terus dipanggil masuk.. doktor cakap baby memang senang dijangkiti selesema dan
batuk.. Doktor bagi nasihat:
- Dalam masa seminggu ni, kalau boleh jangan banyak dedahkan Danial dengan aircond especially bawak jalan-jalan kat shopping complex..
- Time mandi between 11 pagi hingga 5 petang je
- Selalu lap kepala danial dengan air suam
- seperti biasa, makan ubat ikut time
Doktor bagi 3 jenis ubat..ubat demam, ubat batuk kahak dan ubat selesema.. Danial susah jugak nak makan ubat... Biasala budak kecik kan...~haish,ikut daddy la ni..hehe
Balik je dari klinik around 12 tengah hari, aku terus bagi danial ubat.. Aku bagi dia ubat batuk dulu.. Ubat demam aku skip sebab before gi klinik tadi dah bagi sebab badan dia memang dah panas sangat.. Aku
campurkan ubat batuk tadi dengan susu.. Kebiasaannya aku buatkan dia 120ml tapi memandangkan dia demam dan kurang menyusu so aku kurangkan kepada 90 ml.. Danial minum 30ml je and then lelap.. Haih, budak ni ngantuk sangat ke..? Ni belum bagi ubat selesema lagi ni.. Ubat batuk pun belum habis minum dah lena dah.. Kuat sangat ke kuasa kemengantukkan yang ada dalam ubat ni..haish..haish
Danial bangun around pukul 3 petang..batuknya makin menjadi-jadi.. Aku bagi dia minum direct ubat batuk tu pakai syringe.. Ubat selesema aku campur dengan susu memandangkan aku tengok danial dah macam tak tahan nak muntah masa minum ubat batuk tadi..
Malam tadi pun aku buat benda yang sama, bagi direct ubat batuk pakai syringe and then ubat selesema campurkan dengan susu.. Ubat demam hold dulu sebab badan dia dah kembali ke suhu normal... Suami belum balik kerja lagi.. Agak susah jugak la nak pujuk danial minum ubat batuk tu sorang-sorang.. Terpaksa bagi dia sikit-sikit sambil main-main.. Dan malam tadi, masa tidur danial dah kurang batuk.. Tapi dia masih tak selesa tidur sebab hidung tersumbat.. Aku sapukan sedikit minyak mestika bayini kat area hidung, bahagian dada dan belakang badan dia.. Cara ni aku dapati sedikit membantu terutamanya part hidung tersumbat tu.. Kesian danial..~get well soon dear.. :(
Sabtu, 14/04/2012
------------------
Kerja on sabtuday... Dan tinggal la danial ngan daddy.. Berat gak hati nak tinggalkan anak gi kerja tadi.. Yela, anak tak sihat kan.. Harap-harap anak mummy dah makin sihat.. Esok pun aku kerja.. Alangkah tak best nya kerja di hari minggu.. Tak bestnya sebab tak cuti sama dengan suami.. Dalam bulan ni roster aku ada sehari je cuti sabtu dan sehari cuti ahad.. Hope next month roster would be more fair okeh especially for married woman and a mother like me :)
Okes, sampai di sini dahulu ye..Kemalasan melanda.. Entri tergantung ke ni???~~~
No comments:
Post a Comment