update, update ;)
.........................................
11:17 AM 30/03/2012
Rokok
-----
**********
Friendship between women:
A woman didn't come home one night. The next day she told
her husband that she had slept over at a girlfriend's
house. The man called his wife's 10 best friends. None of
them knew anything about it.
Friendship between men:
A man didn't come home one night. The next day he told his
wife that he had slept over at a buddy's house. The woman
called her husband's 10 best friends. Eight of them
confirmed that he had slept over, and two claimed that he
was still there.
************
Ni email yang aku dapat dari officemate aku...betul jugak
kan..lelaki ni selalu suka backup sesama and cover
kesalahan dia orang kan..ermmm...
Siapa kat sini perokok? ha, baik mengaku je..anda memang
tidak boleh sorok atau tipu jika anda adalah perokok..bak
kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh
ke tanah jua kan...betul tak?
Hari ni masuk kerja takde la boring sangat sebab duk
sebelah Sha..bukan scha alyahya eh..hehehe..Sha ni aku
first kenal masa start training unifi dulu..16 Januari
2012..mestila aku ingat tarikh tu..hari first traning unifi
sama date ngan birthday aku..kita orang satu kelas sekali
ngan yana, aini dan mahani..geng sama-sam lepak surau time
training dulu..hehe..hari ni feel 'secure' sikit la nak
menulis sebab dapat port best sikit..tak cam semalam..mana
tak nya semalam duduk betul-betul sebelah
OM..huhuhu..semput jap..terpaksa berlagak baik je sepanjang
hari..plus sekarang ni ada la some visitors and clients
dari british duk menyibuk-nyibuk kat floor..so, kena la
berhati-hati sikit especially part bukak blog and mengulor
-ngulor browsing tu..
Last month masa aku call mak aku, terkejut aku bila dapat
tahu yang adik aku yang second last tu smoking..yela, dia
la satu-satunya harapan aku untuk tengok adik beradik aku
tak smoking..so, sekarang ni dah hancur lebur la harapan
itu.. all my brothers are smokers now...adik aku tu
sekarang dah upper 6 kot..dah 19 tahun dah baru nak start
merokok..sayang kan..before this kami tengok kawan-kawan
dia mostly smoking even ada yang smoke start dari sekolah
lagi tapi kira adik aku tu tahan jugak la sebab tak
terpengaruh..sampai umur dia 19 tahun baru nak
terpengaruh..hai, tak tahan godaan betulla dia ni..buat apa
la nak try semua benda tu..hopefully sampai peringkat
merokok je la kan..janganla pulak nanti dia nak try 'benda
-benda' lain..sesungguhnya dunia ini penuh dengan dugaan
dan cobaan..ya Allah, jauhilah semua perkara yang tidak
baik itu..Sebenarnya 3 orang adik-beradik lelaki aku yang
lain tu semuanya dah tahu dah adik aku tu smoking since
dari last nov lagi tapi dia orang senyap je dan tak bagitau
mak aku..so aku tulis topik ni pun lepas baca email tu
la..ada kebenaran jugak kan lelaki ni suka back up sesama dia orang.
INFO ROKOK: (hasil gugeling ;)
***********
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara
70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan
diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang
telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut
pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan
tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan
busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau
kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam
kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut
juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang
memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat
merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa
India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau
roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua
Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut
untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke
Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan
bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok
untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk
kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang
Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu,
ia terus menular ke negara-negara Islam.
Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: -
Nikotin - kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.
Tar - yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.
Sianida - sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano.
Benzene - juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.
Cadmium, - logam yang sangat beracun dan radioaktif.
Metanol (alkohol kayu) - alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol
Asetilena - merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana
Amonia - boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu
Formaldehid - cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat
Hidrogen sianida - racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak
Arsenik - bahan yang terdapat dalam racun tikus
Karbon monoksida - bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta
***Pesanan penaja..
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
Mhd Azizi, Aziman, Abdul Mutalib dan Akhram..baliklah ke
pangkal jalan..sesungguhnya tiada istilah terlambat untuk
berubah~
No comments:
Post a Comment