Monday, 14 May 2012

Muhammad Haris Danial bin Mohd Faizal

"Muhammad Haris Danial bin Mohd Faizal"

Finally. Nama ini dipilih untuk putera sulongku. Ceceh ayat skema. (tak tahan tu..hihi). Aku dan suami memang menanti-nanti kelahiran anak sulong kami. 12/09/2010, tarikh yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Pada tarikh inilah seorang puteri telah dilarikan oleh seorang putera...(eh, apa aku merepek ni ;) ). Tarikh ni lah tarikh perkahwinan aku dan suami. Frankly, aku dan suami pada mulanya memang planning juga untuk dapat anak ni. Kami ingat nak plan la sampai setahun and then baru nak pregnant. Tapi lastly, suami macam tak sabar lak nak baby. Hihi.. Sebenarnya aku pun sama.


Plus, kata-kata orang disekeliling...


"Eh,baik jangan planning tau anak sulong ni. Nanti kalau dah nak sangat anak nanti Tuhan susah nak bagi. "


"Dah pregnant ke?"


"Dah ada ehem ehem ke?"


Dan ini ayat yang paling tak tahan sebak setiap kali call ummi aku (maklumlah orang takde cucu...)


"Kak dah datng bulan ke bulan ni?


Dan jika jawapan aku ya


"...ehmmm..(mengeluh panjang)"


Sayu pula hati aku sebagai anak ni dengar Ummi aku teringin sangat kot nak cucu. Dan finally aku last menses 26/12/2010.  Hujung bulan Januari aku tak period.  Mula-mula tu nervous gak.        Memang senang nak budget sebab period aku regular. Pada awalnya niat aku nak rahsiakan benda ni dari pengetahuan encik suami terchenta.. Ceceh, kononnya la ingat nak buat surprise kan. Budget nak buat surprise pada birthday dia 25 Februari tu. Tapi tak sangka lak suami ni rupanya ingat lak tarikh period aku. Dia sibuk duk bertanya last sekali tak boleh rahsiakan juga pasal lewat datang bulan tu. Suami nampak teruja betul. Lepas 2 minggu aku lewat, suami excited sangat minta aku buat pregnancy test. Yang aku terkejutnya, suami sendiri yang pergi farmasi dan beli pregnancy test tu. Unbelievable..(Suami kata dia malu juga nak beli benda ni tapi tebalkan muka sebab excited nak tahu) Hehe..If Danial dah besar nanti dan terbaca blog mummy ni ketahuilah olehmu betapa excited nya daddy nak tunggu kelahiran adik.


Pada mulanya, aku teringin nak baby girl, suami pula nak anak lelaki. Tapi walau bagaimanpun, hehe jauh di sudut hatiku tak kisah sebenarnya dapat anak lelaki atau perempuan yang penting sihat dan cukup sifat. Alhamdulillah... Aku dan suami memang teruja tunggu kelahiran baby kami tapi itu tidak bermakna kami berbelanja sesuka hati untuk kelengkapan menyambut baby nanti. First thing aku beli ialah baju baby.. Ada la dalam 8 pasang untuk baju tidur dan baju siang hari. Plus sarung kaki dan sarung tangan dia. Tu pun lepas pergi scan dan doktor sahkan anak yang dikandung ialah baby boy. Tapi orang kata apa yang kita nampak masa scan tu tak semestinya confirm. So, semua baju yang aku beli tu kira boleh pakai la untuk babu boy or baby girl. Aku pilih baju colour putih, krim, biru muda, hijau... Kemudian, aku beli barang-barang keperluan lain macam botol susu, kain lampin etc secara berperingkat-peringkat.  Lepas danial lahir baru la kami beli stroller, baby carrier dan car seat untuk dia.


Tepat jam 4.27 am, 02/10/2011, lahirlah putera sulong kami. Itu pun setelah lebih sehari semalam aku menahan sakit bersalin. Kalau nak cerita pengalaman aku bersalin kat sini memang panjang ceritanya. Next time, insyallah aku cerita. 


"Nak letak nama apa ni?"


"Dah ada nama ke?"


"Dah tahu ke nak letak nama apa?"


Inilah contoh-contoh' soalan SPM' yang sering ditanya apabila menyambut kelahiran orang baru. Begitulah juga dengan kisah kelahiran Danial ini. Boleh dikatakan setiap saudara mara atau sahabat handai yang datang melawat Danial akan bertanya soalan cepu emas ini. Aku dan suami  sampai mati akal juga untuk memikirkan nama untuk baby kami. Sepanjang aku hamil, ada dua nama je yang ada di kotak fikiranku. Jika dapat anak lelaki, kami nak letak nama Mohd Adam Haikal. If baby girl, Miasara Sophea. Dan after scan jantina, doktor sahkan anak lelaki so nama Mohd Adam Haikal jadi pilihan kami. Aku tidak membeli satu pun buku nama-nama pilihan untuk baby. Nama Adam Haikal tu dipilih atas persetujuan aku dan suami. Suami suka nama Haikal, aku lak suka nama Adam. Sebulat suara. Noktah.


Tetapi kenapa letak nama Muhammad Haris Danial???Begini ceritanya,  kebetulan due date aku dan kakak ipar yang turut sama mengandung time tu lebih kurang sama. Kalau ikut due date yang doktor bagi, beza seminggu je. Due dia hujung bulan September, aku lak awal Oktober. Kakak ipar telah bersalin baby boy awal seminggu dari due date.  Apa yang mengejutkan aku dan suami apabila kakak dan abang ipar telah menamakan anak mereka Adam Haikal. Aku dapat merasakan jantung seolah-olah terhenti seketika apabila mendapat tahu perkara tersebut. HUHU.. Aku dan suami betul-betul terkejut. Tak sangka lak nama yang kami akan pilih untuk anak kami sama. Mungkinkah ianya berlaku secara kebetulan. Mungkin. Nobody knows.


Kami memang betul-betul tak tahu nak namakan baby kami dengan nama apa. Due date lebih kurang 2 minggu je lagi ni. Mek cakap letak je la nama Adam Haikal kalau suka. Kalau nak lain sikit letak Muhammad kat depan sebab nama anak kakak ipar Adam Haikal je. Terus terang aku cakap masa ni aku dah patah hati dah nak fikir nama apa. Lastly suami cadangkan nama Danial. Ummi berkenan dengan nama Faris sementara maksu lak nak nama Haris.  So masa tu ada dua pilihan:


Muhammad Faris Danial


atau


Muhammad Haris Danial




Lastly, aku dan suami sebulat suara memilih nama Muhammad Haris Danial yang membawa maksud:


Muhammad     : yang terpuji
Haris                 : pelindung
Danial                : nama nabi


Begitulah kisah disebalik nama putera sulongku. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang Danial sudah genap 7 bulan pada 02 Mei lepas. Danial sudah pandai merangkak, dan 2 hari lepas sudah boleh duduk. Danial dah tumbuh 2 gigi bawah, 2 gigi atas dan semalam telah nampak 2 lagi gigi bawah yang bakal tumbuh. Danial dah boleh memandu sendiri walker. Laju benar kaki Danial mengayuh walker hadiah dari daddy. Hampir semua sudut rumah sudah dilawatinya. Hehe.. Cepatnya anak mummy membesar. Tiada moment yang lebih indah selain daripada dapat melihat anak membesar di depan mata. Danial dah 7 bulan.. dan masuk hari ni aku dah 3 hari lewat menses.. Huhuhuk.. Adakah nak berubah tarikh?.. Atau.. adakah itu petanda .....? Takkan Danial dah nak jadi abang long kot. Kesian Danial masih kecil, masih perlukah kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada mummy dan daddy... 


Apa juga keputusan aku terima rezekiMu ini Ya Allah.. Sesungguhnya Manusia hanya mampu merangcang, Engkau juga yang maha menentukan. Aku percaya Engkau telah merangcang yang terbaik untuk kami Ya Allah...Amin~

No comments:

Post a Comment