Tuesday, 1 May 2012
S.a.y.a.p..hahaha
Lagi post entri lama ;)
.......................................
3:05 PM 29/03/2012
Alhamdulliah..kenyang.. After meal break petang-petang yang indah cam ni tercongok depan PC tanpa membuat sebarang kerja memang memengantukkan.. So nak buat apa ye? Buat bodoh je la..hehe
Why currently aku begitu aktif mengarang cerita-cerita yang tidak berapa indah plus begitu taksub untuk meng'update'kan ke blog..??? Kat tempat kerja saya boleh bukak blog je tetapi tidak boleh meng'post' blog sebab browser tak support :( ...Simptom-simptom suka mengarang sejak kebelakangan ini disebabkan oleh kebosanan yang melanda di tempat kerja sehingga menyebabkan almost semua blog yang best-best di'explore'... Jadi dengan tidak disengajakan, some of the blogs are very inspired me... Sangat teruja untuk mengupdate blog..
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin menjadikan blog ini tempat meluahkan perasaan dan menjadikannya sebagai sebuah diari kehidupan.. Jauh sekali ingin menjadi blogger (Ooh, please jangan panggil aku begitu) .. Dan penggunaan ayat-ayat yang skema dan berbunga-bunga begini mungkin disebabkan oleh pengaruh selalu men'google' books dan membaca novel-novel cinta disitu ;)
Sebut pasal kenyang dan makan ni, tiba-tiba teringat lak masa aku dan suami singgah beli breakfast kat gerai depan giant pagi tadi.. Ramai jugak la orang beli kat situ..aku dapat tahu pasal tempat ni pun daripada member-member office aku.. Aku tengok diorang selalu tapau untuk breakfast ngan lunch sekali, so dia orang cerita la beli kat situ..
Oopss..iklan jap..tadi ada meeting
Time kami sampai tu ada la beberapa customer dah q so kena la tunggu turn..Mula-mula tu aku main serbu je pastu husband tarik baju..
"Beratur la sayang"
"Oowh, ini barisan ke? Errr...hehe"
Daripada perbualan makcik jurujual tu, dari 'slang' aku dapat agak yang dia orang Kelantan.. Patutla member-member cakap makanan dia boleh tahan sedap dan harga berbaloi-baloi..oghe klate rupenya.. Aku pun Kelantanese jugak.. Ceceh, bangga jap sebab masakan orang kelantan ni
biasanya sedap-sedap belaka..Aku tulis blog ni bukan nak kutuk org Kelantan tau tapi just nak 'share' je..
Semasa makcik tu tengah layan customer dia, aku terdengar la perbualan
ni.. Customer tu tunjuk nak ayam bahagian kepak..
"Ooo..sayap..nak sayap.." ..sambil memasukkannya ke dalam bungkusan nasi tadi..
Mula-mula tu aku buat 'dek' je.. Lepas tu aku tengok husband pusing belakang and then gelak..
"Sayap..hahaha"
Aku pun apa lagi, dari tadi duk tahan gelak. Dah tengok suami gelak
aku pun dah tak tahan dah, turut sama gelak tapi takde la kuat
sangat.. Aku bukan nak gelak kat makcik tu tapi teringat yang suami pun
pernah alami situasi sama masa order kfc dulu..
Kalau makcik tu cakap Kelantan sebut sayap aku tak kisah tapi time tu
makcik tu cakap 'bahasa melayu' betul so pelik la sikit bunyinya..
Huhuhu..Terasa macam nak terbang...Okla dah 6.24 petang.. Dah nak
balik..Chow dulu ye sayap~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment