Monday, 14 May 2012

s.h.a.f.i.n.i

Tadi...

Aku: Terima kasih kerana menghubungi.......(dotdotdot) ;)

Customer: Boleh saya tahu nama cik lagi sekali?

Aku: Nama saya Shafini.

Customer: Hah? lagi sekali, cik.

Aku: Shafini...S.h.a.f.i.n.i...(Ceh, siap eja lagi.. Hehe).

Customer: Shafini? Maaf, cik. Peliknya nama cik. First time saya dengar.

Aku: Eerk?!!!

Muhammad Haris Danial bin Mohd Faizal

"Muhammad Haris Danial bin Mohd Faizal"

Finally. Nama ini dipilih untuk putera sulongku. Ceceh ayat skema. (tak tahan tu..hihi). Aku dan suami memang menanti-nanti kelahiran anak sulong kami. 12/09/2010, tarikh yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Pada tarikh inilah seorang puteri telah dilarikan oleh seorang putera...(eh, apa aku merepek ni ;) ). Tarikh ni lah tarikh perkahwinan aku dan suami. Frankly, aku dan suami pada mulanya memang planning juga untuk dapat anak ni. Kami ingat nak plan la sampai setahun and then baru nak pregnant. Tapi lastly, suami macam tak sabar lak nak baby. Hihi.. Sebenarnya aku pun sama.


Plus, kata-kata orang disekeliling...


"Eh,baik jangan planning tau anak sulong ni. Nanti kalau dah nak sangat anak nanti Tuhan susah nak bagi. "


"Dah pregnant ke?"


"Dah ada ehem ehem ke?"


Dan ini ayat yang paling tak tahan sebak setiap kali call ummi aku (maklumlah orang takde cucu...)


"Kak dah datng bulan ke bulan ni?


Dan jika jawapan aku ya


"...ehmmm..(mengeluh panjang)"


Sayu pula hati aku sebagai anak ni dengar Ummi aku teringin sangat kot nak cucu. Dan finally aku last menses 26/12/2010.  Hujung bulan Januari aku tak period.  Mula-mula tu nervous gak.        Memang senang nak budget sebab period aku regular. Pada awalnya niat aku nak rahsiakan benda ni dari pengetahuan encik suami terchenta.. Ceceh, kononnya la ingat nak buat surprise kan. Budget nak buat surprise pada birthday dia 25 Februari tu. Tapi tak sangka lak suami ni rupanya ingat lak tarikh period aku. Dia sibuk duk bertanya last sekali tak boleh rahsiakan juga pasal lewat datang bulan tu. Suami nampak teruja betul. Lepas 2 minggu aku lewat, suami excited sangat minta aku buat pregnancy test. Yang aku terkejutnya, suami sendiri yang pergi farmasi dan beli pregnancy test tu. Unbelievable..(Suami kata dia malu juga nak beli benda ni tapi tebalkan muka sebab excited nak tahu) Hehe..If Danial dah besar nanti dan terbaca blog mummy ni ketahuilah olehmu betapa excited nya daddy nak tunggu kelahiran adik.


Pada mulanya, aku teringin nak baby girl, suami pula nak anak lelaki. Tapi walau bagaimanpun, hehe jauh di sudut hatiku tak kisah sebenarnya dapat anak lelaki atau perempuan yang penting sihat dan cukup sifat. Alhamdulillah... Aku dan suami memang teruja tunggu kelahiran baby kami tapi itu tidak bermakna kami berbelanja sesuka hati untuk kelengkapan menyambut baby nanti. First thing aku beli ialah baju baby.. Ada la dalam 8 pasang untuk baju tidur dan baju siang hari. Plus sarung kaki dan sarung tangan dia. Tu pun lepas pergi scan dan doktor sahkan anak yang dikandung ialah baby boy. Tapi orang kata apa yang kita nampak masa scan tu tak semestinya confirm. So, semua baju yang aku beli tu kira boleh pakai la untuk babu boy or baby girl. Aku pilih baju colour putih, krim, biru muda, hijau... Kemudian, aku beli barang-barang keperluan lain macam botol susu, kain lampin etc secara berperingkat-peringkat.  Lepas danial lahir baru la kami beli stroller, baby carrier dan car seat untuk dia.


Tepat jam 4.27 am, 02/10/2011, lahirlah putera sulong kami. Itu pun setelah lebih sehari semalam aku menahan sakit bersalin. Kalau nak cerita pengalaman aku bersalin kat sini memang panjang ceritanya. Next time, insyallah aku cerita. 


"Nak letak nama apa ni?"


"Dah ada nama ke?"


"Dah tahu ke nak letak nama apa?"


Inilah contoh-contoh' soalan SPM' yang sering ditanya apabila menyambut kelahiran orang baru. Begitulah juga dengan kisah kelahiran Danial ini. Boleh dikatakan setiap saudara mara atau sahabat handai yang datang melawat Danial akan bertanya soalan cepu emas ini. Aku dan suami  sampai mati akal juga untuk memikirkan nama untuk baby kami. Sepanjang aku hamil, ada dua nama je yang ada di kotak fikiranku. Jika dapat anak lelaki, kami nak letak nama Mohd Adam Haikal. If baby girl, Miasara Sophea. Dan after scan jantina, doktor sahkan anak lelaki so nama Mohd Adam Haikal jadi pilihan kami. Aku tidak membeli satu pun buku nama-nama pilihan untuk baby. Nama Adam Haikal tu dipilih atas persetujuan aku dan suami. Suami suka nama Haikal, aku lak suka nama Adam. Sebulat suara. Noktah.


Tetapi kenapa letak nama Muhammad Haris Danial???Begini ceritanya,  kebetulan due date aku dan kakak ipar yang turut sama mengandung time tu lebih kurang sama. Kalau ikut due date yang doktor bagi, beza seminggu je. Due dia hujung bulan September, aku lak awal Oktober. Kakak ipar telah bersalin baby boy awal seminggu dari due date.  Apa yang mengejutkan aku dan suami apabila kakak dan abang ipar telah menamakan anak mereka Adam Haikal. Aku dapat merasakan jantung seolah-olah terhenti seketika apabila mendapat tahu perkara tersebut. HUHU.. Aku dan suami betul-betul terkejut. Tak sangka lak nama yang kami akan pilih untuk anak kami sama. Mungkinkah ianya berlaku secara kebetulan. Mungkin. Nobody knows.


Kami memang betul-betul tak tahu nak namakan baby kami dengan nama apa. Due date lebih kurang 2 minggu je lagi ni. Mek cakap letak je la nama Adam Haikal kalau suka. Kalau nak lain sikit letak Muhammad kat depan sebab nama anak kakak ipar Adam Haikal je. Terus terang aku cakap masa ni aku dah patah hati dah nak fikir nama apa. Lastly suami cadangkan nama Danial. Ummi berkenan dengan nama Faris sementara maksu lak nak nama Haris.  So masa tu ada dua pilihan:


Muhammad Faris Danial


atau


Muhammad Haris Danial




Lastly, aku dan suami sebulat suara memilih nama Muhammad Haris Danial yang membawa maksud:


Muhammad     : yang terpuji
Haris                 : pelindung
Danial                : nama nabi


Begitulah kisah disebalik nama putera sulongku. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang Danial sudah genap 7 bulan pada 02 Mei lepas. Danial sudah pandai merangkak, dan 2 hari lepas sudah boleh duduk. Danial dah tumbuh 2 gigi bawah, 2 gigi atas dan semalam telah nampak 2 lagi gigi bawah yang bakal tumbuh. Danial dah boleh memandu sendiri walker. Laju benar kaki Danial mengayuh walker hadiah dari daddy. Hampir semua sudut rumah sudah dilawatinya. Hehe.. Cepatnya anak mummy membesar. Tiada moment yang lebih indah selain daripada dapat melihat anak membesar di depan mata. Danial dah 7 bulan.. dan masuk hari ni aku dah 3 hari lewat menses.. Huhuhuk.. Adakah nak berubah tarikh?.. Atau.. adakah itu petanda .....? Takkan Danial dah nak jadi abang long kot. Kesian Danial masih kecil, masih perlukah kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada mummy dan daddy... 


Apa juga keputusan aku terima rezekiMu ini Ya Allah.. Sesungguhnya Manusia hanya mampu merangcang, Engkau juga yang maha menentukan. Aku percaya Engkau telah merangcang yang terbaik untuk kami Ya Allah...Amin~

Tuesday, 1 May 2012

Rasa Macam...

Lagi entri semalam...
........................

3:01 PM 01/05/2012

~Eiiii.. Nak tukar kerja. Nak tukar kerja. Nak tukar kerja. Balik nanti
time free nak update resume yang dah 3 tahun tak update. Nasib baik 3
tahun kan. Kalau 30 tahun? Itu dah pencen dah tu. Hehe

Hari ni kerja on public holiday. Kebiasaannya rasa heaven sangat sebab
kerja tak banyak tapi dibayar triple. Tapi entah kenapa hari ni aku
rasa tak happy je kerja. Rasa macam tak ikhlas. Rasa macam nak tak nak
je. Rasa macam terpaksa. Rasa menyampah. Rasa macam nak patahkan je
keyboard ni. Rasa macam nak potong kecik-kecik je cable-cable yang ada
ni. Rasa macam nak conteng-conteng je meja ni. Rasa macam nak
hentak-hentak je mouse ni kasi pecah pastu bagi makan kat tikus-tikus
yang selalu main kat bawah kereta aku tu. Tapi itu semua just 'rasa
macam' sahaja.

Kalau aku buat betul apa yang akan jadi agaknya ek? Huhuhu...

Aku mungkin dihalau keluar oleh TL-TL yang ada. Tak pun aku akan
di'coaching' or counselling, kemudian dibuang kerja. Tak pun kena
terminate immediately without any coaching or warning. Tak pun aku
akan ditangkap polis kerana membuat huru-hara dan akhirnya ditempatkan
di hospital sakit jiwa. hihihi... Oowhh, jauh sungguh fikiranku
melayang. ~ Oh Tuhan, kau ikhlaskan la hati ini untuk menghabiskan
sisa-sisa kerjaku di sini. Hehe

Takkan la aku nak buat semua tu kan. Alhamdullilah, fikiranku masih
waras. Walaupun semalam telah menerima satu kejutan besar. Management
yang tidak adil. Aku rasa sepatutnya kat sini kena tubuhkan satu
persatuan pekerja untuk setiap agensi. At lease bila dah jadi macam ni
ada juga tempat untuk pekerja-pekerja teraniaya seperti aku ni untuk
mengadu dan membela diri. Ini tidak, syokla management mengaut
keuntungan berlipat ganda hasil dari mengurangkan bonus pekerja. Kalau
nak kata profit tak banyak, takkan la boleh bayar sesetengah pekerja
tu sampai up to 8k bonus+gaji. Nak kata ikut performance pun tak juga.
Ada yang perform dapat sikit, yang tak perform dapat banyak. So takde
guna la kau minta pekerja-pekerja kau datang sign annual performance
dan bagi harapan.

Entah-entah management cabut undi macam undi main kutu tu kot. Mereka
mungkin menulis angka berbeza-beza pada setiap kertas yang dipotong
kecil kemudian digulung-gulung dan diletakkan di dalam sebuah balang
kaca. Kemudian mereka membuat undian berdasarkan cabutan bertuah. Tapi
nampaknya cabutan bertuah itu bertukar menjadi cabutan malang kepada
orang-orang yang mendapat nilai sedikit. Owh, sungguhku rasa macam
dipermainkan. Sungguh!~

Owh, kat luar mendung gelap gelita, semendungnya hati ini. (wiii, ada
ke ayat camtu?..hehe).. Apa yang Daddy dan adik tengah buat kat rumah
agaknya ek? Mesti daddy penat jaga adik. Adik dah boleh merangkak
dengan lajunya. Tak sabar dah nak balik. Jap lagi planning nak keluar
pergi beli walker adik. Daddy nak belanja. Hihi. Lagi sejam nak balik
Adiosss ~

Bonus oh bonu$$$$$$$$$


Ni baru tulis semalam ;)
..............................
Entri ini ditulis pada 9:27 AM 01/05/2012


Pekerja A
---------
Band: 4
MC: ada
EL: ada
Bonus + gaji: 3k++


Pekerja B
----------
Band: 4
MC: ada
EL: tiada
Bonus + gaji: 2k++


Pekerja C
----------
Band: 4
MC: ada
EL: tiada
Bonus + gaji: 8k++


Pekerja D
----------
Band: 4
MC: tiada
EL: tiada
Bonus + gaji: 3k++


Pekerja E
----------
Band: 4
MC: tiada
EL: tiada
Bonus + gaji: 2k++


Pekerja F
----------
Band: 4
MC: tiada
EL: tiada
Bonus + gaji: 5k++


Pekerja G
----------
Band: 3
MC: ada
EL: tiada
Bonus + gaji: 3k++




HUHU... Memang banyak cerita yang aku dengar pasal bonus yang kami
terima semalam. Tu aku baru senaraikan situasi pekerja A sampai
pekerja G je.. Aku rasa kalau aku nak senaraikan pekerja A sampai Z
pun boleh kot.. Memang kes berbeza-beza yang aku dengar. Actually aku
pun tak tahu macam mana HR kira bonus kita orang. Majoriti tidak
berpuas hati. Aku sendiri pun antara kalangan pekerja-pekerja yang
rasa nak mogok buat perhimpunan macam perhimpunan bersih tu.
Huahuahua... Ramai agent dari band 4 turun ke band 2, dari band 4
turun band 3 dan band 3 turun band 2 tapi ada juga yang maintain band
4 and maintain band 3. Agent-agent yang band 2 yang ada MC lak macam
mana? Takkan turun band 1 kot. Kerja kat sini kalau dapat band 1
memang tak 'entitle' bonus. Ermmm..tatau la...


Kerja kat tempat aku ni bonus kira macam nasib lak. Nasib kau baik,
kau dapat banyak. Kalau nasib kau malang, kau dapat la sedikit. Even
kau perform tiptop pun jangan kau harap sangat dapat bonus banyak.
Tahun ni memang ramai agent perform dan dapat band 4. Tapi ramai yang
diturunkan ke band 2. Alasan HR sebab ada MC atau EL. Aku tahun lepas
MC 2 hari je kot. EL pun 2 hari. Dah nama dah EL mestila ada emergency
case kan. Aku rasa bonus sikit sebab alasan MC dan EL tu memang tidak
boleh diterima. Performance 97% kot. Memang macam Se*** ke apa HR ni.
Profit banyak kot tapi kedekut nak bagi bonus pada pekerja.


Tapi yang aku pelik ada gak yang band 4 tanpa MC tapi still dapat
sikit. Kesian budak malang tu. Kesian gak kat aku...huhkhuk. Aku rasa
issue bonus ni memang boleh dipertikai. Tapi siapa yang nak dengar
rintihan kami ni. HR? Memang tak ar.. Kalau kau nak resign pun, HR
just say byebye je. Takkan ada orang yang akan datang or merayu-rayu
padamu supaya jangan berhenti. ~please jangan berhenti..please.. No no
no.. Takkan ada. Kerja kat sini agent datang dan pergi.




Hari ini aku bekerja pada Hari Pekerja tapi aku bukan pekerja Bangla
tu okeh. Hehe. Kerja 'executive' (executive konon). Company pun boleh
tahan bertaraf 'BERHAD' tapi bonus banyak lagi bonus tukang sapu yang
kerja kat kedai runcit pok kiong kot... Lu pikir la sendiri..  Ke mana
semua profit company pergi? Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi..Hehe.. Lapar lak rasa..


Sedihnya hati ini. Kecewa. Frust tertonggeng-tonggeng dh ni. Tahu tak
berapa banyak planning yang ada dalam kepala aku yang aku plan nak
buat dengan bonus tahun ni. Nak buat itu, nak buat ini. Begitu.
Begini. Sooo, begana? errk? Hehe.. Masa pergi sign MAPS hari tu memang
happy sangat sebab dapat band 4. Last week juga ada terima email pasal
calculation bonus tu. Kalau ikut kiraan tersebut, rating untuk Band 4
ialah bonus+gaji boleh dapat sampai 8k++. Tapi expectation aku takde
la akan dapat sebanyak tu sebab macam tahun lepas, rating kita orang
diturunkan satu level. So, aku sangat mengharap band 3. Bonus+gaji ada
la dalam 5k++. Tapi kata orang malang memang tidak berbau. Semalam
ialah penentu segala-galanya. Aku sangat kecewa dengan apa yang aku
dapat. What we give, we didnt get back. Feel seems like company tak
appreciate pun apa yang kita buat.Perform perform perform!!! But what
we get? Frust frust frust!!!




Bonus Oh bonus! Berbaloi ke berbakti pada company yang tidak
menghargai pekerja? Soooo? Tepuk dada tanya selera. Tepuk tangan ,
angkat kaki, angkat tangan, say bubye~


Ya Allah, semoga ada rezeki ku di tempat lain. Amin~


**************

Cerita lagi..



.......................................
Entri ini ditulis pada 12:33 PM 27/04/2012


Bercerita di atas sekeping notepad... huhu.. Bila la agaknya boleh dipost ke dalam blog terchenta...???


Hari ni kerja kul 10. Tak boring sangat la sebab ada Aniza untuk sembang-sembang. Topik yang biasa dibualkan seperti biasa la..mengumpat customer. ~Owh, terfikir lak berapa banyak pahala yang customer tu dapat daripada umpatan yang kami buat..huhu..


Semalam
-------
Semasa balik dari kerja..(ada pakcik jual burger kat luar pintu masuk apartment kami)


"Nak burger tak?" suami bertanya.


"Tak tahu la..sayang nak tak?" jawabku sambil bertanya balik.


Suami terus membelok kenderaan terus memasuki kawasan apartment.


"Aik tadi tanya nak burger ke tak" aku membebel sorang-sorang ~ (dalam hati je)..


Pada malamnya....


"Daddy, mummy laparla. Macam tak larat je nak masak"


"Tadi daddy tanya nak burger ke tak, jaul mahal"


"Daddy tu offer je bukan nak beli pun"


Dan suami pun bersiap la ala kadar dan turun bawah untuk beli burger buat sang isteri..huhu.. Sebelum suami pergi sempat lagi berpesan...


"Burger daging biasa je sayang, tak nak cheese"


"Aik, sape nak beli burger untuk mummy. Daddy nak beli untuk daddy je.
Jom Danial"


"Please..please..please" ~muka mengada ;)


Suami bawak Danial sekali tapi Danial menangis takut naik motor. Mungkin dia tak biasa naik motor malam kot sebab kalau siang hari dia ok je.




Pagi tadi
-------
Semasa hantar aku ke tempat kerja, ada makcik jual nasi kat depan giant.. Dekat je ngan office aku.


"Nak bungkus nasi tak?"


"Nak, tapi takpe la. takut sayang lambat lak nanti"


"Ha, macam tu la. Cakap terus terang. Kalau orang tanya tu maksudnya
boleh la tu.. sempat la"


Aku telah me'napau' 2 bungkus nasi.. satu untuk sekarang, breakfast (nasi lemak kerang) dan satu untuk masa depan, lunch (nasi kerabu)..hehe.. Suami tapau nasi berlauk ayam goreng..~ayam..ayam..ayam..haish ;)




Kelmarin
--------
Semasa dalam perjalanan balik dari kerja..


"Sayang nak makan apa malam ni?"..


Dalam hati  "jomla gi pasar malam..nak nasi kerabu"


Suami senyap je..


"Sayang nak makan apa malam ni?"..aku bertanya lagi (dua kali)


Dalam hati.."errmm, tak nak gi la tu"


Masuk je dalam perkarangan apartment kami..


"Sayang tak nak gi pasar malam ke?"


"Laa..ada pasar malam ke malam ni..kenapa tak bagi tau awal-awal"


Lalu suami pun membelok kenderaan keluar balik dari kawasan aparmtent
untuk ke pasar malam


"Mummy dh tanya tadi nak makan apa,nak makan apa, daddy tak jawab pun"


"Laa..ingat mummy tanya camtu , mummy nk masak..lagipun kat atas
motor, mana nak dengar sangat. lain kali cakap la terus terang. nak gi
psar malam"


"mummy bukan apa, mummy tak suka la mengunakan kuasa veto yang ada
pada seorang isteri..hehe"


"yela tu..lain kali cakap tu tak payah la berkias-kias..direct to the point je"


Sekejap je round kat pasar malam sebab dah lambat untuk ambil danial.
Seperti biasa, kami directly ke gerai menjual nasi kerabu (nasi kerabu
lagi,,hehe)..nasi kerabu..nasi kerabu..nasik kerabu..haish.. Selepas
itu kami ke gerai menjual satay, tapau untuk achik babysitter sekali.


---------------------
Aku ni jenis yang tak ada pendirian ke? Tak tahu apa yang aku nak atau
tak... Maybe.. Atau...aku memang tak suka arah suami aka queen
control?huhu..ntah ;)

Danial Demam...


Entri ni pun aku save dalam email je. Entri ni telah dicuri baca oleh suami ;)
******************8
10:00 AM 14/04/2012


Khamis, 12/04/2012
----------------
Off day...yea yea!!!boleh main-main ngan anak mummy..tapi daddy kerja..:(... ~ takpe..tinggal adik ngan mummny je..hehe


Danial awal-awal lagi dah bangun..yela, malam tadi tidur awal kan...


1st step, 2nd step..3rd step..


Finally dh boleh merangkak.. Tapi hari ni anak mummy ni lain macam sikit manjanya..Danial banyak  merengek.. Tak seperti hari-hari biasa.. Kebiasaannya, danial sangat behave.. Kebiasaannya, Danial boleh bermain-main sendirian dan membiarkan mummynya memasak,membasuh,melipat baju, menyapu lantai (siap boleh mop lagi). Tapi hari ni tidak.. Tak bagi mummy bergerak walau selangkah pun.. Nak suruh mummy berada dekat dengannya sepanjang masa.. Nak didukung je..So, aku ke hulu ke hilir kelek danial je..~Kenapa dengan anak mummy ni???


Pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, danial tidur sekejap.. Time ni la aku gunakan untuk mengemas rumah, masak, basuh baju dan lipat baju yang dah setinggi gunung everest tu...


Malamnya pula, seperti biasa, dalam jam 11 malam danial dah tidur..tapi..


Danial pusing kiri..pusing kanan...mengiring ke kiri ..mengiring ke kanan...meniarap..kuak lentang... Semua gaya tidur tak kena..Danial tidur tak lena.. Lebih kurang sejam sekali Danial sedar..merengek-rengek..dia seakan-akan sukar bernafas, hidung tersumbat dan kadang kala batuk..~ Anak mummy tak sihat 


Jumaat, 13/04/2012
-----------------
Seperti biasa, danial bangun pagi and smile..anak mummy ni memang pemurah dengan senyuman.. Bangun pagi terus senyum.. Awek muda sungguh.. Tiba-tiba kelihatan cecair jernih mengalir keluar dari hidung
Danial... Danial selesema .dan uhuk uhuk uhuk..batuk danial makin menjadi-jadi.kedengaran seperti kahak telah memenuhi kerongkongnya dan virus-virus batuk sedang enak bermaharajalela disitu.... Kelihatan juga bintik-bintik merah disekitar muka dan leher danial.(.bintik apa tak
tau la.) Patutla anak mummy ni manja kededek semacam je.. Kesian Danial..


Aku dan suami cepat-cepat bersiap untuk bawa danial ke klinik. Nasib baik hari ni off lagi.. Tapi kesian suami terpaksa gi kerja lewat. Kami tercari-cari juga klinik mana nak pergi.. Maklumla kalau boleh nak cari klinik yang specialist baby or kanak-kanak.. Paling tak pun klinik keluarga la.. Tapi memandangkan suami pun kesuntukan masa nak bekejar-kejar ke tempat kerja lak lepas ni, kami just bawak Danial ke klinik dekat-dekat rumah ni je.. Kat pintu entrance klinik tu ada la tampal untuk kanak-kanak, so kira ok la tu saat-saat urgent macam ni kan..


Persekitaran klinik ok la.. Yang penting tak de orang pun.. So tak payah nak tunggu-tunggu turn..sampai je, register and then terus dipanggil masuk.. doktor cakap baby memang senang dijangkiti selesema dan
batuk.. Doktor bagi nasihat:

  1. Dalam masa seminggu ni, kalau boleh jangan banyak dedahkan Danial dengan aircond especially bawak jalan-jalan kat shopping complex..
  2. Time mandi between 11 pagi hingga 5 petang je
  3. Selalu lap kepala danial dengan air suam
  4. seperti biasa, makan ubat ikut time



Doktor bagi 3 jenis ubat..ubat demam, ubat batuk kahak dan ubat selesema.. Danial susah jugak nak makan ubat... Biasala budak kecik kan...~haish,ikut daddy la ni..hehe


Balik je dari klinik around 12 tengah hari, aku terus bagi danial ubat.. Aku bagi dia ubat batuk dulu.. Ubat demam aku skip sebab before gi klinik tadi dah bagi sebab badan dia memang dah panas sangat.. Aku
campurkan ubat batuk tadi dengan susu.. Kebiasaannya aku buatkan dia 120ml tapi memandangkan dia demam dan kurang menyusu so aku kurangkan kepada 90 ml.. Danial minum 30ml je and then lelap.. Haih, budak ni ngantuk sangat ke..? Ni belum bagi ubat selesema lagi ni.. Ubat batuk pun belum habis minum dah lena dah.. Kuat sangat ke kuasa kemengantukkan yang ada dalam ubat ni..haish..haish


Danial bangun around pukul 3 petang..batuknya makin menjadi-jadi.. Aku bagi dia minum direct ubat batuk tu pakai syringe.. Ubat selesema aku campur dengan susu memandangkan aku tengok danial dah macam tak tahan nak muntah masa minum ubat batuk tadi..


Malam tadi pun aku buat benda yang sama, bagi direct ubat batuk pakai syringe and then ubat selesema campurkan dengan susu.. Ubat demam hold dulu sebab badan dia dah kembali ke suhu normal... Suami belum balik kerja lagi.. Agak susah jugak la nak pujuk danial minum ubat batuk tu sorang-sorang.. Terpaksa bagi dia sikit-sikit sambil main-main.. Dan malam tadi, masa tidur danial dah kurang batuk.. Tapi dia masih tak selesa tidur sebab hidung tersumbat.. Aku sapukan sedikit minyak mestika bayini kat area hidung, bahagian dada dan belakang badan dia.. Cara ni aku dapati sedikit membantu terutamanya part hidung tersumbat tu.. Kesian danial..~get well soon dear.. :(




Sabtu, 14/04/2012
------------------
Kerja on sabtuday... Dan tinggal la danial ngan daddy.. Berat gak hati nak tinggalkan anak gi kerja tadi.. Yela, anak tak sihat kan.. Harap-harap anak mummy dah makin sihat.. Esok pun aku kerja.. Alangkah tak best nya kerja di hari minggu.. Tak bestnya sebab tak cuti sama dengan suami.. Dalam bulan ni roster aku ada sehari je cuti sabtu dan sehari cuti ahad.. Hope next month roster would be more fair okeh especially for married woman and a mother like me :)


Okes, sampai di sini dahulu ye..Kemalasan melanda.. Entri tergantung ke ni???~~~

Today is Monday


Ni pun entri lama ;)
......................................
9:10 AM 09/04/2012


Boshannnyeee....menci la..asyik kena duduk dekat ngan meja OM je.. Oooppsss.. Nampak dia.. Dah dah sampai.. Panjang umooor..hihi

Ayooo.. PC kat rumah rosak... Banyak dh karangan yang dikarang ni..
haih, bila la boleh di'post'..hmmm.. Simpan kat notepad je la

Semalam, aku telah men'create' satu blog baru...My Diaries...tapi aku
still sayang blog lama aku, Myself...tak tahu nak guna yang mana
satu. My Diaries ke Myself???...Myself ke My Diaries???. hurm...tapi My
Diaries tu senangla sebab pakai email gmail.. Boleh sign in gmail skali
ngan bukak blog.. Kalau Myself tu guna email yahoo..susah sket..kena
logout dulu ....????

Pada saat ini, ku rasa sangat mengantuk...kerja masih stay 'heavan'
seperti biasa walaupun sudah banyak agents ditarik masuk billing dan
fulfillment department..Nasib masih menyebelahi aku kerana tidak
tergolong dalam golongan-golongan itu..management ni kadang-kadang tak
logik gak..dah traninig technical boleh lak sedap-sedap hati nak
campak gi depatment lain..janji paling lama pun setahun kunun..logik
tak tech ke biling pastu balik ke technical semula..hampehhs..

Today is monday...laa..isnin ke?.patutla rasa malas semacam  je nak
kerja..kuikui..monday blues la ken..yeke?kan semalam pun  dh
kerja...ahad lak tu..tak, semalam lain..environment dia lebih friendly
dan mesra rakyat..no OM, no RTFM, no guests..boleh macam-macam..tapi
hari ni pun ok gak..nak buat apa pun boleh..ya, boleh..boleh blah..heh

Malam tadi Danial mengigau...tapi lupa la macam mana dia mengigau
tu..dia macam mumbling something..terkejut gak aku ngan husband sebab
sebelum ni tak pernah lak macam tu (tapi tak taula kot-kot aku ngan
husband tidur mati..hehe)..ingatkan dah nak pagi sebab rasa dah lama
je tidur..tengok-tengok baru jam 2 pagi..alhamdulliah, boleh sambung
tidur lagi..hehe..

Rindu lak kat Danial..anak mummy ni dah tumbuh 2 gigi bawah..sekarang
ni masih berusaha untuk merangkak..dia angkat-angkat bontot dia, umi
kata dia tengah berusaha nak duduk..malam tadi aku buat bubur nasi
untuk Danial..ye la sebab pagi tu kerja..rasa tak sedap lak tak suap
nasi at least sekali sehari..banyak gak la Danial makan..aku buat
lebih sket..pagi tadi panaskan je balance yang ada hantar kat
pengasuh..before this ada gak masak sup sayur untuk danial..aku
lenyek-lenyek nasi yang baru masak, pastu letak je kuah sup
tu..semalam aku try la search resepi untuk buat bubur nasi baby,
last-last jumpa resipi ni..


Bubur nasi bayi
---------


Bahan-bahan:
Nasi ( dilenyekkan atau diblend)
Isi ayam ( dicincang / potong kecil)
Lobak Merah ( dipotong kecil)
Kentang (dipong kecil)
Sedikit garam
Sedikit air


**kuantiti bahan-bahan di atas ikut suka hati ye..agak-agak la kan


Cara membuatnya:
Masak nasi, tambah air
Masukkan isi ayam dan kentang
Masak sampai empuk
Akhir sekali, masukkan lobak merah dan sedikit garam

Senang je kan..kalau nak masak beras pun boleh tapi ambik masa la
..masak nasi terus lagi senang..Carrot, ayam dan kentang tu
optional..kalau nak variasi, bolehla ganti ngan ikan, ikan bilis,
brokoli, lobak manis, bayam, labu etc...

Lepas ni ingat nak buat puree buah lak sebab danial suka makan
buah..setakat ni perasan dia paling suka buah epal..

SENARAI PEMENANG ABPBH 2011


Lagi lagi entri lama ;).. simpan dalam email je. Nasib baik tak basi kan
........................................
2:12 PM 09/04/2012


Malam tadi ingat nak tengok sampai habis ABPBH tapi mata dah tak larat..pukul 11.30 malam masuk bilik tidurkan danial.. Last-last dengan mak dia sekali tertidur.. Tengah-tengah tidur tu, tiba-tiba...


"Sayang...aaron aziz menang.."


Kedengaran sayup-sayup suara suami...aku memang tak larat dah nak buka mata.. Terasa seperti di alam mimpi... Dan hari ini setelah mebaca harian metro, memang betul la aaron aziz menang..~ So malam tadi tu
bukan mimpi ek tapi alam realiti..hehe


SENARAI PEMENANG ABPBH 2011


Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana


Anugerah Khas:


Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid

Kepah


Entri lama gak ni, huhu


...................................
7:35 PM 02/04/2012


Dah lama aku tak membuat karangan di sini...bosan lak hari ni..hari ni takde geng nak borak-borak, ngumpat and gosip-gosip.. Nampak yana nun jauh di sana..tapi dia masuk 1.30


Erk, alhamdulliah kenyang yang amat... Baru lepas meal break.. Dah kenyang camni aku perlu memerah otak supaya tak mengantuk.. Straight to the point aku nak cerita pasal apa yang aku masak semalam..


Last Saturday, aku dengan encik suami terchenta telah pergi membeli belah  di NSK Selayang... Tujuan shopping pada hari tersebut adalah untuk membeli barang-barang keperluan danial dan barang -barang dapur..


Aku memang suka sangat shopping barang dapur kat NSK ni.. Lauk pauk and sayur mayur kat sini memang fisrt class fresh punya.. Terbaekkk dari ladang.. Tapi untuk pampers ngan susu danial, aku lebih prefer beli kat tesco sebab lebih murah..ada la beza seringgit dua.. Tapi alang-alang dah kat NSK ni terusla beli barang-barang danial sekali..


Banyak juga la barang-barang yang kami beli.. Kalau dah masuk sini, if tak penuh satu troli memang tak sah la.. Antara yang best aku beli hari ni ialah kepah..huhuhu... Jarang ada jual bendaklah ni kat sini so i
grabbed 1kg.. Enough la untuk 2 orang makan je kan..Aku pun dengan excited la bagitau husband aku pasal kepah tu..


"Kepah?..eeiii..tak pernah makan.. Beli la lala..."


"Aaa..lalalala tu selalu sangat jumpa la sayang.. Try kepah lak ek"


And then, tengahari semalam aku pun masak la kepah tu.. Aku buat kepah
masak sambal dan kangkung goreng belacan untuk juadah tengahari
tu.. Actually masak banyak sikit la sebab kombo meal ... lunch + dinner
terus.. Pemalas kan..hihi.. Yela, semalam kan aku kerja petang so bolehla tapau and husband pun ada la benda dia nak makan malam nanti kan..


Masa makan tengahari tu takde la nampak husband suka sangat ngan kepah yang aku masak tu.. So aku pun tapau la lebihan yang ada dan tinggalkan sikit kat husband untuk makan malam nanti..


Lepas balik dari kerja around 12.30 malam camtu, husband belum tidur lagi..


Tiba-tiba...


"Sayang, ada lagi tak kepah tu..?"


"Errrk...dah habis la sayang.. Nape cuk?"


"Sedapla sayang masak.. Sayang tinggalkan sikit je..tak cukup.. Sampai
ke kuah licin abang hirup.."


OOoooppss...Suka kepah rupanya..kuikuikui..Ololo..next time kita masak
lagi ek (~_~)


**gambar kepah yang dimasak tu lupa la nak snap..hehe


Kepada sesiapa yang nak try resipi ni, bolehla try this at home ok ;)


Resipi Kepah Goreng Sambal
==========================


Bahan-bahan:


1 kg kepah / lala (basuh dan tos)
Segenggam cili kering (cili boh pun boleh) *
4 ulas bawang merah *
Sedikit halia *
Beberapa biji cili padi (optional) *
4 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya:


1. Blend bahan-bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi
3. Masukkan serai dan tumis sehingga naik bau
4. Masukkan kepah
5. Lepas tu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
6. Tutup kuali sebentar dan masak sehingga kepah betul-betul masak


**kalau nak lebih kuah tu , bolehla tambah sedikit air


***sekian***

update, update ;)

.........................................
11:17 AM 30/03/2012

Rokok
-----

**********
Friendship between women:
A woman didn't come home one night. The next day she told
her husband that she had slept over at a girlfriend's
house. The man called his wife's 10 best friends. None of
them knew anything about it.

Friendship between men:
A man didn't come home one night. The next day he told his
wife that he had slept over at a buddy's house. The woman
called her husband's 10 best friends. Eight of them
confirmed that he had slept over, and two claimed that he
was still there.
************

Ni email yang aku dapat dari officemate aku...betul jugak
kan..lelaki ni selalu suka backup sesama and cover
kesalahan dia orang kan..ermmm...
Siapa kat sini perokok? ha, baik mengaku je..anda memang
tidak boleh sorok atau tipu jika anda adalah perokok..bak
kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh
ke tanah jua kan...betul tak?
Hari ni masuk kerja takde la boring sangat sebab duk
sebelah Sha..bukan scha alyahya eh..hehehe..Sha ni aku
first kenal masa start training unifi dulu..16 Januari
2012..mestila aku ingat tarikh tu..hari first traning unifi
sama date ngan birthday aku..kita orang satu kelas sekali
ngan yana, aini dan mahani..geng sama-sam lepak surau time
training dulu..hehe..hari ni feel 'secure' sikit la nak
menulis sebab dapat port best sikit..tak cam semalam..mana
tak nya semalam duduk betul-betul sebelah
OM..huhuhu..semput jap..terpaksa berlagak baik je sepanjang
hari..plus sekarang ni ada la some visitors and clients
dari british duk menyibuk-nyibuk kat floor..so, kena la
berhati-hati sikit especially part bukak blog and mengulor
-ngulor browsing tu..

Last month masa aku call mak aku, terkejut aku bila dapat
tahu yang adik aku yang second last tu smoking..yela, dia
la satu-satunya harapan aku untuk tengok adik beradik aku
tak smoking..so, sekarang ni dah hancur lebur la harapan
itu.. all my brothers are smokers now...adik aku tu
sekarang dah upper 6 kot..dah 19 tahun dah baru nak start
merokok..sayang kan..before this kami tengok kawan-kawan
dia mostly smoking even ada yang smoke start dari sekolah
lagi tapi kira adik aku tu tahan jugak la sebab tak
terpengaruh..sampai umur dia 19 tahun baru nak
terpengaruh..hai, tak tahan godaan betulla dia ni..buat apa
la nak try semua benda tu..hopefully sampai peringkat
merokok je la kan..janganla pulak nanti dia nak try 'benda
-benda' lain..sesungguhnya dunia ini penuh dengan dugaan
dan cobaan..ya Allah, jauhilah semua perkara yang tidak
baik itu..Sebenarnya 3 orang adik-beradik lelaki aku yang
lain tu semuanya dah tahu dah adik aku tu smoking since
dari last nov lagi tapi dia orang senyap je dan tak bagitau
mak aku..so aku tulis topik ni pun lepas baca email tu
la..ada kebenaran jugak kan lelaki ni suka back up sesama dia orang.

INFO ROKOK: (hasil gugeling ;)
***********
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara
70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan
diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang
telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut
pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan
tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan
busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau
kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam
kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut
juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang
memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat
merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa
India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau
roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua
Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut
untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke
Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan
bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok
untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk
kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang
Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu,
ia terus menular ke negara-negara Islam.


Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: -

Nikotin - kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.

Tar - yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.

Sianida - sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano.

Benzene - juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. 

Cadmium, - logam yang sangat beracun dan radioaktif. 

Metanol (alkohol kayu) - alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol

Asetilena - merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana

Amonia - boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu

Formaldehid - cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat

Hidrogen sianida - racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak

Arsenik - bahan yang terdapat dalam racun tikus

Karbon monoksida - bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta


***Pesanan penaja..

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Mhd Azizi, Aziman, Abdul Mutalib dan Akhram..baliklah ke

pangkal jalan..sesungguhnya tiada istilah terlambat untuk

berubah~