Tuesday, 1 May 2012

Today is Monday


Ni pun entri lama ;)
......................................
9:10 AM 09/04/2012


Boshannnyeee....menci la..asyik kena duduk dekat ngan meja OM je.. Oooppsss.. Nampak dia.. Dah dah sampai.. Panjang umooor..hihi

Ayooo.. PC kat rumah rosak... Banyak dh karangan yang dikarang ni..
haih, bila la boleh di'post'..hmmm.. Simpan kat notepad je la

Semalam, aku telah men'create' satu blog baru...My Diaries...tapi aku
still sayang blog lama aku, Myself...tak tahu nak guna yang mana
satu. My Diaries ke Myself???...Myself ke My Diaries???. hurm...tapi My
Diaries tu senangla sebab pakai email gmail.. Boleh sign in gmail skali
ngan bukak blog.. Kalau Myself tu guna email yahoo..susah sket..kena
logout dulu ....????

Pada saat ini, ku rasa sangat mengantuk...kerja masih stay 'heavan'
seperti biasa walaupun sudah banyak agents ditarik masuk billing dan
fulfillment department..Nasib masih menyebelahi aku kerana tidak
tergolong dalam golongan-golongan itu..management ni kadang-kadang tak
logik gak..dah traninig technical boleh lak sedap-sedap hati nak
campak gi depatment lain..janji paling lama pun setahun kunun..logik
tak tech ke biling pastu balik ke technical semula..hampehhs..

Today is monday...laa..isnin ke?.patutla rasa malas semacam  je nak
kerja..kuikui..monday blues la ken..yeke?kan semalam pun  dh
kerja...ahad lak tu..tak, semalam lain..environment dia lebih friendly
dan mesra rakyat..no OM, no RTFM, no guests..boleh macam-macam..tapi
hari ni pun ok gak..nak buat apa pun boleh..ya, boleh..boleh blah..heh

Malam tadi Danial mengigau...tapi lupa la macam mana dia mengigau
tu..dia macam mumbling something..terkejut gak aku ngan husband sebab
sebelum ni tak pernah lak macam tu (tapi tak taula kot-kot aku ngan
husband tidur mati..hehe)..ingatkan dah nak pagi sebab rasa dah lama
je tidur..tengok-tengok baru jam 2 pagi..alhamdulliah, boleh sambung
tidur lagi..hehe..

Rindu lak kat Danial..anak mummy ni dah tumbuh 2 gigi bawah..sekarang
ni masih berusaha untuk merangkak..dia angkat-angkat bontot dia, umi
kata dia tengah berusaha nak duduk..malam tadi aku buat bubur nasi
untuk Danial..ye la sebab pagi tu kerja..rasa tak sedap lak tak suap
nasi at least sekali sehari..banyak gak la Danial makan..aku buat
lebih sket..pagi tadi panaskan je balance yang ada hantar kat
pengasuh..before this ada gak masak sup sayur untuk danial..aku
lenyek-lenyek nasi yang baru masak, pastu letak je kuah sup
tu..semalam aku try la search resepi untuk buat bubur nasi baby,
last-last jumpa resipi ni..


Bubur nasi bayi
---------


Bahan-bahan:
Nasi ( dilenyekkan atau diblend)
Isi ayam ( dicincang / potong kecil)
Lobak Merah ( dipotong kecil)
Kentang (dipong kecil)
Sedikit garam
Sedikit air


**kuantiti bahan-bahan di atas ikut suka hati ye..agak-agak la kan


Cara membuatnya:
Masak nasi, tambah air
Masukkan isi ayam dan kentang
Masak sampai empuk
Akhir sekali, masukkan lobak merah dan sedikit garam

Senang je kan..kalau nak masak beras pun boleh tapi ambik masa la
..masak nasi terus lagi senang..Carrot, ayam dan kentang tu
optional..kalau nak variasi, bolehla ganti ngan ikan, ikan bilis,
brokoli, lobak manis, bayam, labu etc...

Lepas ni ingat nak buat puree buah lak sebab danial suka makan
buah..setakat ni perasan dia paling suka buah epal..

SENARAI PEMENANG ABPBH 2011


Lagi lagi entri lama ;).. simpan dalam email je. Nasib baik tak basi kan
........................................
2:12 PM 09/04/2012


Malam tadi ingat nak tengok sampai habis ABPBH tapi mata dah tak larat..pukul 11.30 malam masuk bilik tidurkan danial.. Last-last dengan mak dia sekali tertidur.. Tengah-tengah tidur tu, tiba-tiba...


"Sayang...aaron aziz menang.."


Kedengaran sayup-sayup suara suami...aku memang tak larat dah nak buka mata.. Terasa seperti di alam mimpi... Dan hari ini setelah mebaca harian metro, memang betul la aaron aziz menang..~ So malam tadi tu
bukan mimpi ek tapi alam realiti..hehe


SENARAI PEMENANG ABPBH 2011


Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana


Anugerah Khas:


Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid

Kepah


Entri lama gak ni, huhu


...................................
7:35 PM 02/04/2012


Dah lama aku tak membuat karangan di sini...bosan lak hari ni..hari ni takde geng nak borak-borak, ngumpat and gosip-gosip.. Nampak yana nun jauh di sana..tapi dia masuk 1.30


Erk, alhamdulliah kenyang yang amat... Baru lepas meal break.. Dah kenyang camni aku perlu memerah otak supaya tak mengantuk.. Straight to the point aku nak cerita pasal apa yang aku masak semalam..


Last Saturday, aku dengan encik suami terchenta telah pergi membeli belah  di NSK Selayang... Tujuan shopping pada hari tersebut adalah untuk membeli barang-barang keperluan danial dan barang -barang dapur..


Aku memang suka sangat shopping barang dapur kat NSK ni.. Lauk pauk and sayur mayur kat sini memang fisrt class fresh punya.. Terbaekkk dari ladang.. Tapi untuk pampers ngan susu danial, aku lebih prefer beli kat tesco sebab lebih murah..ada la beza seringgit dua.. Tapi alang-alang dah kat NSK ni terusla beli barang-barang danial sekali..


Banyak juga la barang-barang yang kami beli.. Kalau dah masuk sini, if tak penuh satu troli memang tak sah la.. Antara yang best aku beli hari ni ialah kepah..huhuhu... Jarang ada jual bendaklah ni kat sini so i
grabbed 1kg.. Enough la untuk 2 orang makan je kan..Aku pun dengan excited la bagitau husband aku pasal kepah tu..


"Kepah?..eeiii..tak pernah makan.. Beli la lala..."


"Aaa..lalalala tu selalu sangat jumpa la sayang.. Try kepah lak ek"


And then, tengahari semalam aku pun masak la kepah tu.. Aku buat kepah
masak sambal dan kangkung goreng belacan untuk juadah tengahari
tu.. Actually masak banyak sikit la sebab kombo meal ... lunch + dinner
terus.. Pemalas kan..hihi.. Yela, semalam kan aku kerja petang so bolehla tapau and husband pun ada la benda dia nak makan malam nanti kan..


Masa makan tengahari tu takde la nampak husband suka sangat ngan kepah yang aku masak tu.. So aku pun tapau la lebihan yang ada dan tinggalkan sikit kat husband untuk makan malam nanti..


Lepas balik dari kerja around 12.30 malam camtu, husband belum tidur lagi..


Tiba-tiba...


"Sayang, ada lagi tak kepah tu..?"


"Errrk...dah habis la sayang.. Nape cuk?"


"Sedapla sayang masak.. Sayang tinggalkan sikit je..tak cukup.. Sampai
ke kuah licin abang hirup.."


OOoooppss...Suka kepah rupanya..kuikuikui..Ololo..next time kita masak
lagi ek (~_~)


**gambar kepah yang dimasak tu lupa la nak snap..hehe


Kepada sesiapa yang nak try resipi ni, bolehla try this at home ok ;)


Resipi Kepah Goreng Sambal
==========================


Bahan-bahan:


1 kg kepah / lala (basuh dan tos)
Segenggam cili kering (cili boh pun boleh) *
4 ulas bawang merah *
Sedikit halia *
Beberapa biji cili padi (optional) *
4 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya:


1. Blend bahan-bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi
3. Masukkan serai dan tumis sehingga naik bau
4. Masukkan kepah
5. Lepas tu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
6. Tutup kuali sebentar dan masak sehingga kepah betul-betul masak


**kalau nak lebih kuah tu , bolehla tambah sedikit air


***sekian***

update, update ;)

.........................................
11:17 AM 30/03/2012

Rokok
-----

**********
Friendship between women:
A woman didn't come home one night. The next day she told
her husband that she had slept over at a girlfriend's
house. The man called his wife's 10 best friends. None of
them knew anything about it.

Friendship between men:
A man didn't come home one night. The next day he told his
wife that he had slept over at a buddy's house. The woman
called her husband's 10 best friends. Eight of them
confirmed that he had slept over, and two claimed that he
was still there.
************

Ni email yang aku dapat dari officemate aku...betul jugak
kan..lelaki ni selalu suka backup sesama and cover
kesalahan dia orang kan..ermmm...
Siapa kat sini perokok? ha, baik mengaku je..anda memang
tidak boleh sorok atau tipu jika anda adalah perokok..bak
kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh
ke tanah jua kan...betul tak?
Hari ni masuk kerja takde la boring sangat sebab duk
sebelah Sha..bukan scha alyahya eh..hehehe..Sha ni aku
first kenal masa start training unifi dulu..16 Januari
2012..mestila aku ingat tarikh tu..hari first traning unifi
sama date ngan birthday aku..kita orang satu kelas sekali
ngan yana, aini dan mahani..geng sama-sam lepak surau time
training dulu..hehe..hari ni feel 'secure' sikit la nak
menulis sebab dapat port best sikit..tak cam semalam..mana
tak nya semalam duduk betul-betul sebelah
OM..huhuhu..semput jap..terpaksa berlagak baik je sepanjang
hari..plus sekarang ni ada la some visitors and clients
dari british duk menyibuk-nyibuk kat floor..so, kena la
berhati-hati sikit especially part bukak blog and mengulor
-ngulor browsing tu..

Last month masa aku call mak aku, terkejut aku bila dapat
tahu yang adik aku yang second last tu smoking..yela, dia
la satu-satunya harapan aku untuk tengok adik beradik aku
tak smoking..so, sekarang ni dah hancur lebur la harapan
itu.. all my brothers are smokers now...adik aku tu
sekarang dah upper 6 kot..dah 19 tahun dah baru nak start
merokok..sayang kan..before this kami tengok kawan-kawan
dia mostly smoking even ada yang smoke start dari sekolah
lagi tapi kira adik aku tu tahan jugak la sebab tak
terpengaruh..sampai umur dia 19 tahun baru nak
terpengaruh..hai, tak tahan godaan betulla dia ni..buat apa
la nak try semua benda tu..hopefully sampai peringkat
merokok je la kan..janganla pulak nanti dia nak try 'benda
-benda' lain..sesungguhnya dunia ini penuh dengan dugaan
dan cobaan..ya Allah, jauhilah semua perkara yang tidak
baik itu..Sebenarnya 3 orang adik-beradik lelaki aku yang
lain tu semuanya dah tahu dah adik aku tu smoking since
dari last nov lagi tapi dia orang senyap je dan tak bagitau
mak aku..so aku tulis topik ni pun lepas baca email tu
la..ada kebenaran jugak kan lelaki ni suka back up sesama dia orang.

INFO ROKOK: (hasil gugeling ;)
***********
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara
70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan
diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang
telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut
pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan
tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan
busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau
kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam
kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut
juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang
memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat
merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa
India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau
roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua
Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut
untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke
Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan
bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok
untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk
kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang
Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu,
ia terus menular ke negara-negara Islam.


Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: -

Nikotin - kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang.

Tar - yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.

Sianida - sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano.

Benzene - juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. 

Cadmium, - logam yang sangat beracun dan radioaktif. 

Metanol (alkohol kayu) - alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol

Asetilena - merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana

Amonia - boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu

Formaldehid - cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat

Hidrogen sianida - racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak

Arsenik - bahan yang terdapat dalam racun tikus

Karbon monoksida - bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta


***Pesanan penaja..

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Mhd Azizi, Aziman, Abdul Mutalib dan Akhram..baliklah ke

pangkal jalan..sesungguhnya tiada istilah terlambat untuk

berubah~

S.a.y.a.p..hahaha


Lagi post entri lama ;)
.......................................


3:05 PM 29/03/2012


Alhamdulliah..kenyang.. After meal break petang-petang yang indah cam ni tercongok depan PC tanpa membuat sebarang kerja memang memengantukkan.. So nak buat apa ye? Buat bodoh je la..hehe


Why currently aku begitu aktif mengarang cerita-cerita yang tidak berapa indah plus begitu taksub untuk meng'update'kan ke blog..??? Kat tempat kerja saya boleh bukak blog je tetapi tidak boleh meng'post' blog sebab browser tak support :( ...Simptom-simptom suka mengarang sejak kebelakangan ini disebabkan oleh kebosanan yang melanda di tempat kerja sehingga menyebabkan almost semua blog yang best-best di'explore'... Jadi dengan tidak disengajakan, some of the blogs are very inspired me... Sangat teruja untuk mengupdate blog..


Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin menjadikan blog ini tempat meluahkan perasaan dan menjadikannya sebagai sebuah diari kehidupan.. Jauh sekali ingin menjadi blogger (Ooh, please jangan panggil aku begitu) .. Dan penggunaan ayat-ayat yang skema dan berbunga-bunga begini mungkin disebabkan oleh pengaruh selalu men'google' books dan membaca novel-novel cinta disitu ;)


Sebut pasal kenyang dan makan ni, tiba-tiba teringat lak masa aku dan suami singgah beli breakfast kat gerai depan giant pagi tadi.. Ramai jugak la orang beli kat situ..aku dapat tahu pasal tempat ni pun daripada member-member office aku.. Aku tengok diorang selalu tapau untuk breakfast ngan lunch sekali, so dia orang cerita la beli kat situ..


Oopss..iklan jap..tadi ada meeting


Time kami sampai tu ada la beberapa customer dah q so kena la tunggu turn..Mula-mula tu aku main serbu je pastu husband tarik baju..


"Beratur la sayang"


"Oowh, ini barisan ke? Errr...hehe"


Daripada perbualan makcik jurujual tu, dari 'slang' aku dapat agak yang dia orang Kelantan.. Patutla member-member cakap makanan dia boleh tahan sedap dan harga berbaloi-baloi..oghe klate rupenya.. Aku pun Kelantanese jugak.. Ceceh, bangga jap sebab masakan orang kelantan ni
biasanya sedap-sedap belaka..Aku tulis blog ni bukan nak kutuk org Kelantan tau tapi just nak 'share' je..


Semasa makcik tu tengah layan customer dia, aku terdengar la perbualan
ni.. Customer tu tunjuk nak ayam bahagian kepak..


"Ooo..sayap..nak sayap.." ..sambil memasukkannya ke dalam bungkusan nasi tadi..


Mula-mula tu aku buat 'dek' je.. Lepas tu aku tengok husband pusing belakang and then gelak..


"Sayap..hahaha"


Aku pun apa lagi, dari tadi duk tahan gelak. Dah tengok suami gelak
aku pun dah tak tahan dah, turut sama gelak tapi takde la kuat
sangat.. Aku bukan nak gelak kat makcik tu tapi teringat yang suami pun
pernah alami situasi sama masa order kfc dulu..


Kalau makcik tu cakap Kelantan sebut sayap aku tak kisah tapi time tu
makcik tu cakap 'bahasa melayu' betul so pelik la sikit bunyinya..


Huhuhu..Terasa macam nak terbang...Okla dah 6.24 petang.. Dah nak
balik..Chow dulu ye sayap~

Cemburu buta ke ni? ;p


Entri ini ditulis pada bulan 3 lagi tapi baru berkesempatan untuk dipostkan ke sini 

..................................................
Bosannya..tatau nak buat apa..

Tiba-tiba hati ini berasa sangat sedih. Dah la kat workstation duduk sorang-sorang. Tadi baru berangan nak duduk sebelah aniza tapi tiba-tiba pulak ada FS suruh penuhkan tempat yang kosong. Malang tidak berbau betul la.. HUHU

************

Cemburunya hati apabila suami memuji-muji kecantikan perempuan lain..

"Cantik kan S***..manja je suara dia..comel..sayang, try sayang buat suara macam tu.."


Sorry, I can't be others because I am shafini muhamad nasir..~ Dengan rasa sangat rendah diri. Yela siapa lah aku ini jika nak dibandingkan dengan si S*** tu...

Aku bertanya kepada suami:


"Cayang, kalau ada perempuan secantik S*** tu suka kat sayang, sayang terima tak?"


"Eh, ada ke pulak tanya camtu..."


"Sayang terima tak?"


"Tak mungkin la...abang tak terima"


Lalu suami pun bertanya balik soalan yang sama...


"Kalau sayang lak cam mana kalau ada orang sehensem aaron aziz tu minat kat sayang?"
~suami memang tahu aku suka aaron aziz ;)

"Kalau dia hadir sebelum sayang mungkin mummy terima, tapi mummy kan dah ada daddy"
~sepenuh hatiku telah tepu dengan cintamu sayang dan tak mungkin ada ruang cinta lagi untuk orang lain. Ayat last tu aku berkata dalm hati je.. Suami confirm la tak dengar ;p

Tiba-tiba lak suami jawab:


"Abang pun nak cakap macam tu la tadi tapi abang tak reti la nak berbahasa-bahasa ni..hehe"


"Eh, mana aci tiru ayat mummy..huhu" 


"Eh, mana ada tiru la."


"Hahaha"


Danial pun turut sama tersengih-sengih, seakan-akan faham apa yang sedang mummy dan daddy dia bualkan.

**************
...hehe... Mengimbau kisah malam tadi semasa aku dan suami sedang menonton tv.. Sebuah stesen TV ada menyiarkan sidang akhbar kisah scha dan awal yang akan melangsungkan perkahwinan Mei ini..

Dan S*** yang aku maksudkan itu adalah Scha Alyahya...kuikuikui..

Patutkah aku cemburu?!! ;)

TRIVIA AKU ?


Hari ni MC.. Sebabnya adalah motor sakit. Bukan aku yang sakit  ya. Danial ada dengan pengasuh. ..So akanku pergunakan masa yang ada untuk mengupdate diari hatiku ini..

Entri ni dah lama dah aku tulis, just baru post kat sini:


                         ********************

Tadi masa baca harian metro aku terbaca la cerita pasal pelakon tanah air Kamal Adli akan berlakon teater muzikal, Gerimis Mengudang dengan artis indonesia Mikha Tambayong ..ala, dia ni yang pegang watak Nada dalam Nada cinta tu la..hehe..~ tiba-tiba teringat lak kat adik aku sebab dia minat sangat cerita Nada Cinta tu


TRIVIA MIKHA 
------------
Aktor Hollywood yang ingin dating?...Ryan Gosling
Kali terakhir anda menangis?...Bila sahabat baik meninggal dua minggu lalu
Haiwan yang paling ditakuti?...Ayam
Sifat lelaki yang paling dibenci?...Terlalu hiperaktif 
Kereta mewah idaman?...Bentley 
Aset yang ingin dibeli?...Villa tepi pantai di Pulau Bali, Indonesia
Destinasi percutian idaman?...Greece, Itali


TRIVIA KAMAL
------------
Haiwan yang paling ditakuti?...Jenis reptilia 
Harta atau aset yang nak dibeli?...Rumah dan tanah
Destinasi percutian idaman?...Semporna, Sabah
Aktres Hollywood yang anda ingin dating?...Megan Fox (nak ajak makan nasi lemak)
Kali terakhir anda menangis?...Menjiwai salah satu babak ketika sesi latihan teater muzikal Gerimis Mengundang 
Sifat wanita yang paling dibenci?...Cepat percaya cakap orang tanpa usul periksa

~ So, aku pun gatal-gatal tangan jugak la nak buat quiz ni

TRIVIA SHAFINI ;)
---------------
Haiwan yang paling ditakuti?...ular tapi geli gelemang bila tengok lipas
Harta atau aset yang nak dibeli?...rumah
Destinasi percutian idaman?...seoul, korea selatan
Kereta mewah idaman?...suka BMW (5 seiries cukup ar) dan volkswagen beetle tapi kalau MPV nak toyota alphard
Aktres Hollywood yang anda ingin dating?..Brad Pitt / David Beckham
Kali terakhir anda menangis?...last week masa dengar lagu maher zain
Sifat lelaki yang paling dibenci?...tak hormat wanita
Sifat wanita yang paling dibenci?..tak hormat lelaki..hihi..takdela..mmm..tak suka perempuan yang tak tahu simpan rahsia aka mulut tempayang
                       
                      
                          ********************